Singgah Sahur Terjah Anggota Keselamatan Di Sekitar Kubang Pasu


JITRA - Pemuda Bersatu bahagian Kubang Pasu menganjurkan Program Singgah Sahur bagi menghargai anggota keselamatan yang bertugas di bulan Ramadan.

Ketuanya, Noor Firdaus Hashim berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga program berkenaan diadakan.

Katanya, mereka mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, semalam dan menyampaikan makanan serta minuman kepada anggota bertugas.

“Program ini dijalankan secara berperingkat dan insya-ALLAH, selepas ini kita akan mengadakan lawatan ke beberapa agensi lain sekitar Kubang Pasu seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dan lain-lain lagi,” katanya.

Menurutnya, beliau juga berterima kasih kepada AJK bahagian yang turut bersama meluangkan masa menjayakan program berkenaan.

Hadir sama, Ketua Bahagian Bersatu Kubang Pasu, Mohd Hairy Md Saad.

Sumber: Sinar Online