Star Mahu Kerjasama Dengan BN Bentuk Kerajaan Negeri Sabah


Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star), Datuk Jeffrey Kitingan mengumumkan untuk berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Star yang memenangi dua kerusi DUN dikatakan menjadi penentu kepada situasi politik Sabah yang masih gagal membentuk kerajaan sehingga kini.

Berikutan sokongan kepada BN itu, gandingan tersebut kini mempunyai 31 kerusi iaitu cukup untuk membentuk majoriti mudah.

Bagi 60 kerusi DUN di Sabah, BN memenangi 29 kerusi, PKR (2), DAP (6), Parti Warisan Sabah (21) dan Parti Solidariti Tanah Airku (dua).

Sementara itu, Utusan juga melaporkan bahawa lima ADUN Upko menafikan keluar daripada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketui Datuk Seri Shafie Apdal.