Takut Cina Tidak Undi PKR, Mahathir Pujuk Orang Melayu Di Kampung Sokong DAP


Takut orang Cina tidak lagi menyokong DAP kerana tiada lagi lambang ' Roket',  Tun Dr. Mahathir Mohamad kini turt membantu Ketua DAP  Lim Kit Siang untuk memujuk orang Melayu di kampung-kampung  agar  mengundi Pakatan Harapan.   

"Jangan teragak-agak pilih calon Pakatan walaupun mereka wakili DAP," kata Dr. Mahathir.
Bagi meyakinkan pengundi Melayu denga memuji DAP sebagai parti yang berbilang kaum, malah ada pemimpin mereka boleh baca ayat Quran.

" Saya pilih DAP kerana ia lebih Malaysian, " kata Dr. Mahathir calon Pakatan Harapan Parlimen Langkawi semasa berceramah di hadapan lebih 500 penduduk di Kampung Bukit, Bukit Lada dalam kawasan Parlimen Pokok Sena, semalam. 

Harap tolong calon DAP, mereka akan tunai kebaikan, " kata Mahathir dan memberi tahun parti itu sanggup tinggal logo roket untuk bersama Pakatan Harapan.

Bagi 'menyucikan' DAP, Mahathir memburukkan MCA dan UMNO dengan mendakwa parti itu mengadakan kerjasama dengan parti Komunis China.

Turut hadir pada ceramah itu ialah calon PKR Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP, Tan Kok Yew calon Pakatan PKR bagi DUN Derga.

Tindakan panik pemimpin DAP dan Mahathir bahawa pengundi Cina akan kembali menyokong BN membuatkan Pakatan Harapan menjelajah ke seluruh negara dalam sehari dua ini untuk menjelaskan kekeliruan pengundi menggunakan logo PKR.

 Mahathir sekarang terpaksa  memujuk orang Melayu di kampung-kampung agar menyokong DAP sementara Lim Kit Siang  dalam ceramahnya di Alor Setar meminta pengundinya bersetuju dengan menyebut " Mahathir" sebagai bakal Perdan Menteri ke-7 bagi mengelabui mata  orang Melayu.

DAP dikatakan terpaksa berbuat demikian untuk memberi keyakinan terutama terhadap pengundi atas pagar berbangsa Cina bahawa undi PKR adalah bersamaan mengundi DAP. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir