Tempoh Majlis Penasihat Hanya 100 Hari?


SHAH ALAM - Sejurus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Majlis Penasihat yang bakal mengukuhkan negara, satu mesyuarat tertutup dibuat.

Mereka ialah pakar ekonomi dan ahli akademik bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, taikun Tan Sri Robert Kuok, Penolong Setiausaha Agung, Jowo Kwame Sundaram dan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Namun apakah fungsi Majlis Penasihat ini? Mengikut Tun Mahathir ia ditubuhkan khusus untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.

Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat Harapan kepada rakyat.

Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.

Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat Harapan kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.

Dr JOMO

Ahli Ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo berusia 66 tahun, dikenali sebagai Jomo. Portfolio pernah disandang adalah Penolong Setiausaha Agung PBB bagi pembangunan ekonomi.

Jomo sebelum ini lantang menyuarakan mengenai ketidakseimbangan ekonomi di bawah pemerintahan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

ROBERT KUOK

Tan Sri Robert Kuok ialah ahli perniagaan terkenal, berusia 95 tahun. Perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan. Pada Julai 2017, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara.

HASSAN MERICAN

Tan Sri Hassan Merican ialah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, berusia 65 tahun.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan. Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan, kemudian menjadi Presiden dan CEO pada 1995.

ZETI AZIZ

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan bekas Gabenor Bank Negara, berusia 70 tahun.

Pada 1994, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut.

DAIM ZAINUDDIN

Berusia 80 tahun, Tun Daim Zainuddin merupakan bekas menteri kewangan Malaysia untuk tahun 1984 sehingga 1991. Beliau dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001. Daim juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pernah memegang jawatan Bendahari Umno dari 1984 sehingga 1999.

Sumber: Sinar Online