ALOR SETAR - Satu perkara aneh tiba-tiba berlaku di Pokok Sena, ini gara-gara Pengerusi gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara tidak semena-mena mengaku bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai penasihat agama peribadi beliau.
Secara ironinya, 'rahsia' itu tiba-tiba saja terbongkar setelah Mahathir sebelum ini membangkitkan kemarahan dan kebencian penyokong PAS dengan menyifatkan para syuhada peristiwa Memali sebagai 'mati katak'.
Bagi mengambil semula hati penyokong PAS yang remuk dengan hinaan 'mati katak' itu, Mahathir setelah beberapa puluh tahun selepas kejadian Mamali kini kembali memuji dan kagum dengan Fadzil dan mendedahkan bekas Presiden Pas itu pernah menjadi penasihat agamanya sebelum terlibat secara aktif dalam politik.
“Kita juga dapat Kedah ini orang macam Fadzil Noor, saya kagum dengan Fadzil Noor, dia ini dulu sebelum dia aktif dalam politik dia menjadi saya punya konsultan agama.
“Bila saya dapat sesuatu yang saya kurang faham saya jemput dia ke rumah kita bercakap berkenaan agama, tafsiran agama dan sebagainya,” katanya ketika berceramah bagi meraih undi orang kampung di Bukit Lada di Pokok Sena, semalam petik Utusan.
Terdahulu, sebelum tiba di kawasan tersebut bagi menyampaikan ceramah, Mahathir hadir menziarahi kubur Fadzil Noor di Muassasah Darul Ulum di sini. - Kedahnews.com
#HarapanPalsu
#HarapanBohong
#TolakDAP
#PakatanDAP
#SinsofMahathir
#DosaDosaMahathir