KETIKA Langkawi basah dengan air hujan, suhu pulau ini agak dingin. Membuatkan tekak mahu mencari sesuatu yang panas dan selesa. Lalu pergilah ke kedai kopi sekitar Padang Lalang, Ayer Hangat di Langkawi sekitar jam 9.00 malam.
Sempat duduk semeja dengan 4 orang pengundi berusia lebih 50 tahun dan 2 orang pengundi muda di kedai tersebut. Sambil menghirup air teh panas dan mee udang, masing-masing membuka mulut mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.
Mana tidaknya, bagi kerusi Parlimen Langkawi menyaksikan seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada daerah berkenaan kembali ke sini bagi melawan bekas partinya yang telah banyak menyenangkan hidup rakyat.
Memetik nama Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka semeja bersetuju bahawa dia seorang bekas pemimpin yang telah mengubah nasib Langkawi dari dahulu hingga sekarang.
Namun bagi memberi undi buat dirinya kembali menjadi wakil rakyat mungkin suatu yang mustahil. Sebenarnya ramai dari kalangan penduduk Langkawi sedar sejauh mana Dr Mahathir pada usia 93 tahun mampu membantu penduduk setempat untuk 5 tahun akan datang.
Mereka juga amat takut dalam masa 5 tahun ini akan berlaku pilihan raya kecil tatkala melihat sendiri perkembangan kesihatan Dr Mahathir yang sudah berpuluh kali terpaksa masuk ke wad dalam masa beberapa bulan.
Juga mereka tidak mahu lagi melihat bagaimana ‘sejarah gelap’ berada di bawah kuasa pembangkang di peringkat negeri Kedah kembali berlaku dalam PRU14 kali ini.
Rupa-rupanya, penduduk Langkawi sudah sedar bahawa Dr Mahathir sekadar dipergunakan oleh DAP melalui Pakatan Harapan untuk meraih sokongan pengundi Melayu di negara ini.
Yang paling berkuasa dan menjadi pencatur kepada gerak kerja Dr Mahathir untuk PRU14 ini adalah DAP. Mereka cerdik berselindung di bawah simbol PKR dan Dr Mahathir.
Sebab itulah di setiap ceramahnya termasuk di Langkawi, Dr Mahathir tidak lekang dari menabur fitnah, berita palsu, memaki hamun dan merendah-rendahkan pemimpin Barisan Nasional terutama Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia jauh sekali dengan sikap dan cara Najib ketika berhadapan dengan rakyat. Bukan sahaja jarang untuk menyerang keperibadian musuh, malah beliau sentiasa membawa pelbagai insentif pembangunan dan kesenangan kepada rakyat di mana sahaja yang beliau jejakkan kaki. Termasuklah di Langkawi sendiri.
Justeru itu, pengundi di Langkawi bukan mudah terpedaya kepada jasa-jasa Dr Mahathir selama 22 tahun seperti yang disebarkan. Bagi mereka, adalah lebih penting untuk membalas jasa Barisan Nasional berbanding jasa Dr Mahathir pada 9 Mei 2018 ini.
#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir
Sumber – TV14