PELAKON dan model kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah menyifatkan usaha polis dalam memberkas golongan artis wanita popular yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah tindakan yang sia-sia.
Ini kerana menurut model berusia 30 tahun itu, golongan artis yang dimaksudkan itu mempunyai cara tersendiri untuk terlepas tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Zarina malah mendedahkan kenyataan ‘berani mati’ membabitkan penglibatan golongan kerabat diraja yang dipercayai merupakan dalang pembebasan pelakon terbabit.
“Polis-polis sekalian, tak payah lah buang masa nak tangkap artis-artis ‘cewek high rangking’ ni walau kes sebesar mana sekalipun.
“Korang memang tak akan dapat kantoikan mereka sebab di belakang diorang ada sepasukan ‘kerabat-kerabat abang caring’,” katanya menerusi perkongsian terbaharu status WhatsApp pelakon itu.
Tambahnya, golongan kerabat ini dikatakan begitu berkuasa sehinggakan individu yang berpangkat di dalam unit beruniform itu sekalipun tidak mampu melakukan apa-apa perubahan.
“Golongan kerabat ini sangat berkuasa biarpun bos korang sekalipun tak mampu buat apa-apa. Semua bukti akan hilang sekelip mata, inilah kekuatan p****,” katanya.
Zarina turut membidas sikap sesetengah pelakon tempatan yang tidak berani menanggung akibat daripada perbuatan sendiri.
Sebaliknya golongan pelakon yang dimaksudkannya itu dilihat hanya pandai membuat alasan dengan menuduh pihah lain cuba menganiaya mereka.
Terdahulu, seorang pelakon wanita popular telah ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya pada tengah hari Ahad.
Pelakon berkenaan bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan dan ujian air kecing yang dijalankan keatasnya menunjukkan keputusan negatif. - Kedahnews.com