HULU LANGAT: PAS memberi jaminan tidak akan lagi berlaku pertembungan parti itu dan UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata PAS-UMNO akan membentuk satu jawatankuasa bagi merealisasikan perkara itu.
“Jika berlaku satu lawan satu, bukan sahaja Selangor akan beralih kuasa kepada muafakat pembangkang, malah negeri-negeri lain termasuk di peringkat pusat.
“Insya-Allah dalam PRK sehinggalah PRU akan datang, tidak akan lagi berlaku saingan tiga penjuru, hanya satu lawan satu. Inilah kekuatan yang sangat ditakuti Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Ceramah Perdana Pentas Anak Muda yang turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai di sini, malam tadi.
Sementara itu, Asyraf turut mengakui perkara berkenaan dan menjelaskan kajian menyeluruh sedang dilakukan.
“Kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai satu blok. Tidak akan ada lagi pertembungan tiga penjuru kerana itu hanya merugikan Islam.
“Insya-Allah jawatankuasa yang dibentuk akan dianggotai seramai 18 orang membabitkan wakil dari UMNO dan PAS bagi membincangkan perkara itu dengan lebih serius,” katanya.
Sumber: BH Online