HARI KEPUTERAAN YDP AGONG TAHUN INI DIPINDA KEPADA 8 JUN


PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 dipinda dari Sabtu 6 Jun 2020 kepada Isnin 8 Jun 2020.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali berkata, kerajaan juga bersetuju supaya mulai tahun 2021 hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

"Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Zuki berkata, perubahan itu dilakukan sepanjang tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. - Sinar Online