Pakatan Harapan (PH) tidak pernah reda dengan perbuatan 'merompak kerajaan' di tengah jalan, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Selaku menteri pertahanan ketika itu, Mohamad berkata, beliau sudah mendapat maklumat mengenai gerakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, untuk mewujudkan kerajaan dominasi Melayu di negara ini.
"Yang menang PH, jadi pembangkang, hak kalah memerintah. Dalam dunia tak pernah berlaku melainkan di Malaysia tanah airku.
"Muhyiddin dan geng, kamu tidak akan senang menerima kebangkitan rakyat yang jitu sekarang ini.
"Kami tak redha kerajaan dirompak di tengah jalan. Kalau hebat kenapa tak tunggu lima tahun?" katanya ketika Ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Klang, malam tadi.
Hadir sama, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.
Tambah Mohamad lagi, PH akan menggunakan saluran perlembangaan ataupun undang-undang bagi mengembalikan kerajaan PH. - Mkini