Beli Roti Cuma RM21.13, Beri Tip RM8,454


LINCOLN, NEBRASKA – Pekerja sebuah kedai roti di Nebraska terkejut apabila pelanggan yang membuat pesanan cuma USD5 (RM 21.13) memberikan mereka tip sebanyak USD2,000 (RM 8,454) lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Seorang pekerja di The Omaha Bakery di Bellevue bernama Preston Rath berkata, pelanggan bernama Nicholas itu memesan dua pastri dengan harga USD5 (RM 21.13) dan kemudiannya menyertakan USD2,000 sebagai tip.

‘’Saya berkata, ‘itu salah, kamu memberi terlalu banyak tip’ dan dia menjawab ‘kalau kamu tidak kisah, saya okay sahaja’,’’ kata Rath kepada KETV.

Kedai itu berkongsi gambar resit tersebut di laman Facebook. Pemiliknya malah berkata, tip itu akan dikongsikan kepada pekerja hariannya. 

‘’Dia tahu bahawa ia adalah masa yang sukar disebabkan Covid-19. Dia tahu bahawa orang ramai secara umumnya sedang bergelut. Dia juga perasan kakitangan kami bekerja sangat keras,’’ kata Kaiser. – Agensi