Berusia 26 Tahun, Ini Kucing Tertua Di Dunia?


TURNER, OREGON – Seekor kucing di Oregon, Amerika Syarikat mungkin menerima gelaran kucing paling tua di dunia oleh Guinness World Records.

Ianya berkemungkinan selepas pemiliknya mendapati ia sebenarnya berusia dua tahun lebih tua berbanding kucing yang memegang gelaran itu ketika ini, lapor agensi United Press International semalam.


Charly Briggs berkata, rakan-rakannya mencadangkan supaya dia menghubungi Guinness World Records selepas mendapati kucingnya, Samm yang berusia 26 tahun itu mungkin merupakan kucing paling tua di dunia.

“Saya bertanya kepada Guinness dan mereka memaklumkan bahawa kucing paling tua di dunia ketika ini berusia 24 tahun.