MB Kedah Tarik Diri Bertanding Naib Presiden PAS

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang sebelum ini dicalonkan bagi jawatan itu dilaporkan telah menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar Tahunan Ke-67 sesi 2021-2023.

"Calon kelima, iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah, menarik diri daripada bertanding jawatan itu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang turut sebelum ini mengumumkan menarik diri dari bertanding jawatan berkenaan.

Takiyuddin yang juga merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, seramai empat orang calon akan bertanding merebut jawatan naib presiden PAS pada muktamar itu kali ini.

Mereka adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Seperti yang dijangka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berjaya mempertahankan jawatan masing-masing selepas diumum menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti tersebut.

Beliau tuManakala seramai 36 calon akan bertanding bagi mengisi 18 tempat sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. - Kedahnews.com