PRN Melaka Batu Loncatan Buat PPBM - Penulis Manifesto PH


Penulis manifesto Pakatan Harapan bagi PRU14, Wan Saiful Wan Jan memberitahu bahawa pemimpin tertinggi PPBM tidak meminta apa-apa jawatan untuk anggota dewan undangan negeri (Adun) mereka selepas BN memenangi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

"Entah mana datang cerita mengenai Adun Perikatan Nasional (PN) mahu menyertai kerajaan negeri Melaka.

"Saya mahu tegaskan bahawa pimpinan tertinggi PN tidak pernah meminta apa-apa jawatan untuk Adun-Adun PN Melaka," kata Ketua Penerangan PPBM itu dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan bahawa tiada keperluan melantik dua Adun daripada PN yang menang pada PRN Melaka Sabtu lalu sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).

Untuk rekod, PPBM tidak menyertai Muafakat Nasional bersama BN dan PAS, manakala PAS yang merupakan rakan BN di dalam MN pula tewas disemua kerusi yang ditandingi bersama PN pada PRN Melaka, Sabtu lalu.

Meskipun memenangi 2 kerusi tipis, pengarang manifesto PH yang menumbangkan kerajaan BN itu tetap optimis menjadikan PRN Melaka untuk mendominasi pentas politik negara pada masa akan datang.

"Dan kita akan rangka strategi untuk membolehkan kita memperkukuh parti di atas tapak yang telah terbina.

"Kita akan jadikan PRN Melaka sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah mara ke hadapan," jelasnya. - Kedahnews.com