Ramai Netizen Pertikai Khadija, Miss Somalia Pertama Berhijab Sertai Miss World


PETALING JAYA - Penyertaan gadis Somalia, Khadija Omar sebagai gadis pertama berhijab dalam Miss World di Puerto Rico menjadi perdebatan hangat dalam media sosial.

Ramai mempertikaikan bagaimana penampilan gadis berusia 20 tahun itu mengenakan pakaian renang dalam pertandingan prestij dan ia turut ditonton seluruh dunia.

Baru-baru ini, Khadija dalam Instagram turut meluahkah hasratnya yang terpendam untuk menyertai pertandingan tersebut.

“Saya tidak percaya saya adalah Miss World Somalia yang pertama. Sesiapa yang mengenali saya, tahu betapa lama saya berhasrat untuk bertanding dalam pertandingan dan mewakili gadis berhijab di seluruh dunia.

“Saya berharap, ini memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda berhijab dan mengingatkan mereka bahawa mereka boleh bermimpi setinggi yang mereka cita-citakan.

“Saya tidak sabar untuk mencipta sejarah di Puerto Rico. Menunjukkan kepada dunia betapa cantiknya Somalia dan sekaligus membanggakan negara,” katanya.

Khadija merupakan peserta pertama Somalia yang menyertai Miss World.

Dia merupakan seorang jurusolek dan kini pelajar dalam bidang Psikologi di York University, Kanada dan telah berpindah Kanada, namun, dia tidak pernah melupakan asal-usulnya dari Somalia walaupun kini tinggal di negara asing.

Dibesarkan di kem pelarian Nairobi, Kenya, Khadija sangat faham akan situasi cuaca yang buruk dan keadaan di Somalia yang mana sering mengalami pemotongan air, kemarau serta banjir yang telah memberi kesan kepada jutaan wanita serta kanak-kanak di negaranya.

Komen warganet, @rijkie_richy, “The real beauty”.

@UanGuruan pula berkata, “Amazing.

“Whatever reasons she cant compete this beauty contest..its break a syaria compliance..,” kata @eden. -UTUSAN