"Selama 22 tahun jadi PM, saya tak tuntut apa-apa" - Tun M


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberitahu bahawa beliau tidak menuntut dan menerima apa-apa pun setelah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau hanya menerima bayaran pencen serta wang berjumllah RMM10,000 sebulan bagi menyelenggara rumahnya.

"Saya jadi Perdana Menteri selama 22 tahun tidak tuntut dan tidak dapat apa-apa selain dari pencen dan RM10,000 sebulan untuk selenggara rumah yang didiri oleh saya sendiri.", katanya menerusi tulisan di Facebooknya hari ini.

Membandingkan dirinya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahathir memberitahu bahawa beliau menolak tawaran sebidang tanah percuma dari Kerajaan selepas persaraannya.

Katanya, beliau telah membeli sebidang tanah di Putrajaya dengan harga seperti yang ditawar kepada penjawat awam selepas bersara.

"Sebidang tanah di Putrajaya telah ditawar kepada saya secara percuma apabila saya bersara tetapi saya telah tolak dan sebaliknya saya beli tanah di Putrajaya dengan harga seperti yang ditawar kepada penjawat awam apabila bersara.," tulisnya.

Namun begitu, Mahathir tidak mendedahkan harga sebidang tanah yang dibelinya tersebut atau jumlah kekayaan yang diperoleh anak-anaknya yang diperoleh ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Najib sebelum ini ditawarkan Kerajaan Persekutuan memilih salah satu dari tiga pilihan tawaran sebagaimana yang ditetapkan Akta Saraan Ahli Parlimen 1980 yang diluluskan oleh Mahathir ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Akta berkenaan dipinda pada beberapa bulan sebelum Mahathir bersara bertujuan untuk Kerajaan menimbang memberi sedikit ganjaran kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa mereka kepada negara selama berkhidmat.

"Pindaan itu bertujuan untuk Kerajaan menimbang memberi sedikit ganjaran kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa mereka," tulis Mahathir.

Najib ketika menjawab tawaran berkenaan kepada Kerajaan, Najib tidak dimaklumkan tentang nilai tawaran yang dianggarkan berharga RM100 juta.

Najib bagaimanapun menolak tawaran tersebut setelah jasanya ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dipertikai Mahathir di dewan rakyat dan dijadikan modal menghentamnya pada PRN Melaka baru-baru ini.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 dalam Dewan Rakyat sebelum ini mengesahkan kerajaan menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara. - Kedahnews.com