Waris TGNA Saran PAS Bermuhasabah


MELAKA - PAS perlu bermuhasabah selepas gagal menawan mana-mana kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata ia selepas keputusan parti berkenaan menjalin kerjasama menerusi gabungan Perikatan Nasional, dengan meletakkan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak membuahkan sebarang hasil.

"Tahniah Melaka. Dari Pulau Melaka. Tahniah BN (Barisan Nasional). Daripada rakan MN (Muafakat Nasional). Takziah PAS. Daripada PAS.

"BN, benar-benarlah bersyukur. Bertambahlah lagi. PAS, benar-benarlah bermuhasabah. Bertambahlah istiqamah," katanya dalam kenyataan di Facebook, baru-baru ini.

Selepas tekad bersama dengan GERAKAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS diberikan kepercayaan untuk bertanding di lapan kerusi DUN di Melaka, iaitu Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam, Kelebang serta Merlimau.

Sumber: BH Online