"Kamu boleh bergelak ketawa hari ini, tetapi saya akan ketawa untuk beberapa tahun akan datang" – TMJ
PETALING JAYA - “Kamu boleh bergelak ketawa hari ini atau sementara, tetapi saya akan gelak ketawa untuk beberapa tahun akan datang”.
Demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam ciapannya di Twitter, tenang menjawab kata-kata sinis netizen mengenai kekalahan JDT terhadap Kuala Lumpur City (KL City) malam tadi.
“Esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor. 18 piala dalam lapan tahun. Allah kurniakan saya dengan empat anak dan wonderful isteri.
“Syukur kerana (kehidupan) saya diberkati,” titah baginda lagi.
Terdahulu Tunku Ismail menjawab kutukan seorang netizen di Twitter yang ‘gelak besar’ dan mengutuk JDT sebagai lauk selepas kekalahan terhadap KL City.
Sumber: Utusan