PN Sokong PAS, GPS Pun PN sokong


PETALING JAYA - Tidak salah bagi Perikatan Nasional (PN) menyokong parti yang mesra (Gabungan Parti Sarawak) dengan gabungan berkenaan, termasuk bekerjasama dan membantu komponen PN (PAS) yang meletakkan calon, kata Hamzah Zainuddin.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, setiap parti politik berhak meletak calon pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini, seiring dengan amalan demokrasi.

Pada masa sama, Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN berkata, parti itu akan bekerjasama dan membantu komponen PN yang meletakkan calon.

“Setiap parti berhak bertanding atau sebaliknya dan Bersatu sudah membuat pengumuman untuk tidak bertanding.

“Saya tidak akan sentuh mengenai parti politik lain. Kami akan bekerjasama kerana sejak hari pertama mengambil alih kerajaan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah parti yang mesra dengan PN,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau diminta mengulas sama ada PAS sudah memaklumkan akan bertanding dalam PRN Sarawak dan kerjasama PN dengan GPS sepanjang kempen PRN kelak.

Hamzah berkata, tidak salah bagi PN untuk menyokong parti yang mesra dengan gabungan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sarawak diadakan pada 18 Disember ini dengan tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

SPR tidak dapat mengadakan PRN Sarawak selepas tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lalu, berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.

Sumber: FMT