Dr. Mahathir - gambar hiasan |
ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya menjalani prosedur elektif di Institut Jantung Negara.
Sepasukan doktor daripada IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah berjaya menjalankan prosedur itu.
“Prosedur itu berjalan lancar dan berlangsung sebagaimana yang dirancang.
"Beliau kini sedar sepenuhnya dan bersemangat tinggi. Berdasarkan perkembangan klinikal semasa beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam beberapa hari," kata IJN pada satu kenyataan hari ini.
Memandangkan SOP kesihatan semasa, IJN berkata Ahli Parlimen Langkawi itu tidak dibenarkan menerima pelawat.
Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-96 tahun Julai lalu difahamkan mempunyai sejarah masalah jantung.
Bulan lepas, dia dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian selama beberapa hari.
Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat di Malaysia yang telah memerintah selama 22 tahun dari 1981 dan 2003.
Beliau bersama pemimpin kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian sanggup bersekongkol dengan DAP, PKR dan Amanah, untuk menjatuhkan pentadbiran Kerajaan yang ketika itu cemerlang ditadbir Barisan Nasional (BN).
Dikatakan berjaya memperdaya majoriti rakyat Malaysia dengan pelbagai manifesto yang gagal dikotakan kemudiannya, beliau kembali dilantik jawatan Perdana Menteri "sementara" buat kali kedua pada 2018.
Perdana Menteri tertua di dunia itu meletak jawatan setelah partinya Pakatan Harapan hilang majoriti di Dewan Rakyat, sekaligus menyaksikan Muhyiddin mengkhianati Dr Mahathir dengan membawa parti PPBM keluar dari gabungan Pakatan Harapan.
Rakyat Malaysia dan netizen mengecam pemerintahan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan, serta menyifatkan "kerajaan 22 bulan" itu membohongi rakyat dengan persepsi tidak benar untuk merampas kuasa dari Kerajaan BN. - Kedahnews.com