Tanah Mendap di Lestari Perdana, 5 Buah Kenderaan Rosak


KUALA LUMPUR- Lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Katanya, bomba menerima laporan jam 6.38 petang tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, berlaku kejadian tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima buah kenderaan rosak.

"Pihak bomba sedang menjalankan pemantauan di lokasi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya. - BH