PAS Berani Ke Tinggalkan PN?


Seperti yang sedia maklum, MN kini hambar. Segalanya bermula hambar setelah PAS menyertai PN. Nak buat camana? Dah itu pilihan PAS, UMNO dan BN tiada hak untuk menghalang PAS...

Tipulah jika saya tidak sedih melihat MN retak menanti belah. Namun apakan daya, yang membelah itu PAS, bukan UMNO. Yang peliknya, UMNO jugaklah yang dituduh jahat memecah belahkan MN...
Pada PRN Melaka dan Johor, sememangnya PAS ada bertemu UMNO utk berbincang mengelak pertembungan.
Berdasarkan statistik, meskipun PAS dilihat sangat kurang menyerlah di kedua negeri itu, tapi UMNO tetap menawarkan lebih dari 2 kerusi DUN untuk ditandingi PAS.
Tapi PAS menolak. Bukan saja menolak, selepas bincang, PAS kata macam2 pula pada UMNO kat public. Itik patah kaki la, tak relevan la, itu la, ini la. Malah ada sorang MB tu lebih2 pulak masa kat Johor hari tu.. ntah sapa ntah nama MB tu...
Padahal, menurut pendedahan, dua hari sebelum PRN Johor, PAS ada call mintak diberi sedikit lagi kerusi. Jika UMNO/BN beri, katanya PAS akan tinggalkan PN kat PRN Johor...
Tapi nak buat camana, kan? Nama calon dan DUN pun dah diumum, mana boleh reverse dah. Masa bincang hari tu eksyen belagak sangat, kan?
Last2, PAS kalah di semua kerusi di Melaka dan hanya menang 1 kerusi di Johor. Aduh.. kesian jugak rasanya. Tapi nak buat camana, kan? Dah ikut sombong bongkak Abahkau awal hari tu, tak dapek la den nak nolong....
Bagi saya, PAS sebenarnya masih boleh lagi repair kesilapan langkahnya. Camana nak repair?
Hehehe.. senang je. Tinggalkan PN, terus join BN. Kalau PPBM nak join, ajak terus masuk bawah BN. Lebih afdhal, suruh je PPBM bubar parti, join balik UMNO sebagai ahli biasa...
Amacam? Sanggup tak PAS tinggalkan PN? Kalau tak sanggup, tak apalah. Lagi pun PAS jugak yg pilih join PN walaupun menyedari PPBM tu scam PH hidup-hidup sampai tumbang kerajaan, kan?
Tapi kalau sanggup, maka saya alu2kan. Pasal pembahagian kerusi tu nanti kita bincang la. Apa nak takut... masa geng dengan DAP dulu tak takut pun, kan?
Lagi satu, kalau PPBM tu degil takmau join BN or bubar parti utk kembali pada UMNO sbg ahli biasa, lantak la diorang.
Tak ramai pun umat Islam sokong PPBM tu. Yg sokong tu pun baru nak kenal politik. Org baru kenal politik ni senang la PPBM nak kelentong. Lagipun, sanggup ke PAS tengok akar umbinya diperkuda PPBM?
Jangan la paksa sangat UMNO terima PPBM tu. Kalau PAN tu ngaku berniat utama nak bunuh PAS, boleh ke PAS terima PAN sebelum dibunuh? Heh!
Tapi kalau PAS tak berani tinggalkan PN, maka UMNO tak boleh buat apa2. Memang betul kita saudara seagama, tapi PAS dulu yang mula tinggalkan UMNO utk join PN, kan?
Padahal, boleh je PAS join BN. Malah tak join BN dan bekerjasama dgn BN pun boleh. Tapi PAS tetap memilih tinggalkan MN, tak masuk BN dan join PN, kan?
Dah tu nak salahkan UMNO jugak? Dia yg nusyuz, tapi nak tuduh UMNO curang? Adoiii... logik la sikit brother....

Nota kaki: Artikel ini adalah nukilan penulis asal dan tidak menggambarkan pendirian Kedahnews.com. Sebarang komen adalah tertakluk kepada tanggungjawab sendiri dan pihak kami tidak bertanggungjawab atas komen kalian. Terima kasih