Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, gangguan operasi itu adalah disebabkan berlaku tragedi ban MADA di Terusan Tengah, Padang Luar Kepala Batu, Pelubang, yang pecah, semalam.
"Operasi LRA Bkt Pinang , LRA Pokok Sena , LRA Jenun Lama & LRA Jenun Baru akan terganggu disebabkan operasi loji terpaksa jalan separuh operasi kerana ban Mada pecah di Terusan Tengah Pdg Luar Kepala Batu, Pelubang," katanya yang dipetik dari laman Facebooknya.
Jelas Sanusi, MADA sedang mengambil tindakan segera untuk menambak ban yang baharu bagi menyekat aliran air bagi meningkatkan paras sungai.
Oleh itu katanya, tindakan segera tersebut akan membolehkan semua LRA dapat berfungsi semula pada kadar seratus peratus kapasitinya kembali.
"Tindakan segera sedang diambil oleh Mada utk menambak ban baru (menyekat) aliran air bagi meningkat paras sungai bagi membolehkan LRA dpt beroperasi 100%." katanya.
Selain itu Menteri Besar itu juga menjelaskan perancangan jangka panjang MADA untuk membina "sheet pile" bagi meningkatkan paras sungai itu.
Namun begitu, sebahagian netizen turut mengkritik peranan Sanusi selaku Pengerusi SADA dalam menangani masalah bekalan air di Kedah meskipun tidak melibatkan sebarang ban pecah.
"Xtaw la kedah ni nk jdi apa, klau x sabit ban pecah pun ayaq xda, buat laporan saja kt Yb exco ayaq teruih, kemain2 minta almt nk hntaq lori ayaq, sudahnya tak nmpk btg hidung pun.. Sada hri raya pun x standby staff, call tak angkt klau TNB call waktu mna pun ada staff standby waktu kecemasan," komen Nur Syahirah Che Ah di Facebook MB Kedah itu. - Kedahnews.com