LIMA 2023: Sanusi MB Terbaik Kedah


ALOR SETAR - Kehebatan Dato' Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor selaku Menteri Besar yang menerajui negeri Kedah terbukti apabila Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LlMA) sekali lagi dianjurkan di negeri dibawah pentadbirannya.

Penganjuran ini juga membuktikan bahawa pemimpin PAS mampu mengemudi pentadbiran negara dan mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Difahamkan, LIMA 2023 dijadualkan berlangsung pada Mei, memandangkan sempadan kini dibuka sepenuhnya dengan corak tingkah laku perjalanan kembali kepada waktu sebelum pandemik.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, Malaysia yakin LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular di rantau ini selepas edisi terakhir LIMA atau LIMA 19 memandangkan edisi 2021 terpaksa dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

"Susulan kerumpangan tiga tahun selepas penganjuran LIMA 19, bukan sahaja kerajaan dan pihak penganjur bersiap sedia sepenuhnya, malah pempamer, delegasi asing serta orang ramai begitu teruja dan tidak sabar menantikan LIMA 2023," katanya.

Kali terakhir LIMA dianjurkan ialah pada 2019 dan bakal berlangsung pada tahun 2023 ini.

Kecemerlangan Muhammad Sanusi mentadbir negeri Kedah selama lebih 2 tahun ini jelas memajukan negeri, termasuk Langkawi, dijangka menjadi antara punca utama pameran bertaraf dunia ini diteruskan di negeri Kedah.

Hasil kejayaan Muhammad Sanusi mengemudi Kedah, negeri ini mencatat rekod pelaburan tertinggi sepanjang tahun 2021 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM68.3 bilion dan dijangka meningkat lebih RM120 bilion bagi tahun ini. - KNC