Sanusi Dijangka Pemangkin Kebangkitan KDA FC


ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka menjadi punca kebangkitan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang bergaya mengatasi Sarawak United FC baru-baru ini.

Wibawa Menteri Besar Kedah itu selaku Presiden KFA terbukti dengan tindakan mengekalkan Aidil Sharin Sahak selaku jurulatih KDA FC meskipun pengendali skuad hijau kuning itu menerima kritikan hebat penyokong sebelum ini.

Ekoran kemenangan ke atas Sarawak United FC itu, KDA FC dijangka bakal menggegarkan pasukan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada 27 Julai ini. 

Muhammad Sanusi selaku penyokong terkuat skuad Kenari ini dijangka bakal hadir pada perlawanan tersebut bagi mengekalkan momentum kecemerlangan KDA FC bagi mencabar kedudukan JDT di takhta persada liga. 

Sebahagian peminat KDA FC sebelum ini memberi penghormatan kepada Menteri Besar Kedah itu dengan menamakan beliau sebagai "Lionel Nusi", bersempena nama bintang bolasepak Argentina, Lionel Messi. - KNC