BERUSIA 35 TAHUN, MESSI YAKIN DIRI TAHAP TERBAIK


AL RAYYAN - Kapten Argentina, Lionel Messi, berkata dia berada dalam keadaan yang terbaik menjelang aksi pertama Kumpulan C menentang Arab Saudi yang berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya di Piala Dunia.

"Dari sudut fizikal, saya berasa sangat baik. Saya fikir, saya berada dalam detik yang hebat bukan secara peribadi dan fizikal, malah saya tidak mempunyai sebarang masalah," kata Messi dalam satu sidang media.

Messi dilihat melakukan latihan secara berasingan dengan rakan sepasukannya pada Sabtu lalu.

"Saya dengar mereka kata saya berlatih secara berasingan.

"Ia kerana saya 'terhentak', tetapi ia bukan sesuatu perkara yang pelik. Ia hanya satu langkah berjaga-jaga," katanya menjelaskan perkara berkenaan.

Pemain berusia 35 tahun itu yang beraksi di Qatar untuk penampilan kelimanya di Piala Dunia, berkata dia tidak melakukan persiapan berlainan untuk kejohanan yang pertama kalinya berlangsung pada November dan Disember.

"Saya tidak melakukan apa-apa yang istimewa," kata pemain di jentera serangan itu.

"Saya menjaga diri dan berusaha seperti dilakukan ketika sepanjang karier saya. Menyedari yang ini adalah detik istimewa, apatah lagi mungkin Piala Dunia terakhir saya.

"Ia peluang terakhir saya untuk mencapai impian bersama rakan pasukan," kata pemain di bahagian serangan itu. - REUTERS/Kedahnews.com