KJ BIDAS NETIZEN SURUH DIA DIAMKAN DIRI


ALOR SETAR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) Abu Bakar membidas para netizen yang sebelum ini menyuruhkan berdiam diri setelah kalah bertanding di Parlimen Sg Buloh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, baru-baru ini.

Tegas KJ, beliau masih ahli UMNO dan berhak bersuara kepada partinya.

"Saya masih ahli UMNO. Ahli UMNO ada hak bersuara," kata KJ di Twitter.

Beliau turut menjelaskan dia yang pernah bertanding melawan Ahmad Zahid merebut kerusi Presiden UMNO pada 2018, menegaskan Ahmad Zahid perlu beri laluan.

Diyakini "beri laluan" yang dimaksudkan KJ adalah isu Ahmad Zahid yang terpalit dengan pelbagai dakwaan di mahkamah oleh Kerajaan PH, dan keadaan itu menjejaskan imej UMNO. - Kedahnews.com