MUKTAMAD: BN TEGAS JADI PEMBANGKANG, TOLAK PH, TOLAK PN


KUALA LUMPUR – “BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN)." tegas Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sepakat sebulat suara untuk kekal sebagai pembangkang.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Setakat ini 30 ahli Parlimen BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya yang juga Naib Presiden Umno.,".

PRU ke-15 menyaksikan rakyat Malaysia, khususnya Melayu Islam, menunjukkan trend berpecah-belah atas sokongan politik kepada PH, PN, BN dan beberapa parti serpihan. - Kedahnews.com