Pihak kastam di lapangan terbang antarabangsa Hamad mengesan penyeludupan sejumlah 1,990 pil tramadol dan 464.5 gram ganja, sehari selepas kejohanan bermula.
Bahan larangan itu ditemui apabila pegawai kastam memeriksa beg penumpang yang disyaki, menurut pihak kastam dalam satu kenyataan.
Penumpang berkenaan, yang kerakyatannya tidak dinyatakan akan didakwa di mahkamah.
Qatar menjangkakan lebih sejuta peminat akan datang ke negara Teluk itu untuk menyaksikan kejohanan yang akan berakhir pada 18 Disember depan.
Agensi Anti-Doping Dunia akan memasukkan tramadol, dalam senarai larangan mereka bermula tahun 2024.
Tramadol sudah diharamkan dalam sukan berbasikal.
Bekas penjaga gol Liverpool, Chris Kirkland tahun ini dilaporkan berkata, penggunaan tramadol secara berlebihan hampir meragut nyawanya. - AFP/Kedahnews.com