Kadang Lebih Baik Dengar Kata Orang Luar UMNO Berbanding Pemimpin Pembodek


ALOR SETAR- Pandangan orang luar UMNO kadang kala lebih memberi manfaat kepada UMNO itu sendiri berbanding anggota Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang menyertai mesyuarat pucuk pimpinan parti itu.

Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini adalah kerana MKT dikatakan tidak berani berkata benar di depan Presiden parti, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bersifat "pembodek".

"Kadang-kadang dalam UMNO ni dah terlalu buntu, membodek je la kerjanya.

"Bayangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang ada 50 orang, yang bercakap berani menentang Zahid hanya 5 orang, yang selebihnya itu apa (fungsi) sebenarnya? Tak berani cakap depan Zahid, hanya ada 5 orang yang berani bercakap.

Apa yang bacul sangat? Hadapkan jawatan? Hadapkan kekayaan? Takut apa hingga tak berani untuk bercakap di depan Zahid?" katanya, di laman sosial.

Tegasnya, adalah lebih baik dengar apa yang dikatakan orang luar kerana mereka lebih jujur dan tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk meraih keuntungan daripada Ahmad Zahid yang kini merupakan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri itu.

"Kadang-kadang pandangan (dari orang luar) itu lebih memberi manfaat kepada UMNO," ujar bekas Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu malam tadi.

UMNO kini dilanda pepecahan setelah MKT bertindak memecat dan menggantung keahlian 6 tahun ramai pemimpin serta ahlinya yang dikatakan melanggar disiplin parti.

Difahamkan ketidakpuasan hati dalam kalangan warga UMNO mula membara apabila parti itu pada PAU2022 telah meluluskan agar jawatan Presiden dan Timbalannya tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.  -Kedahnews.com