Alor Setar - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Rafizi Ramli ditempelak "kepala bapak mu aihhh" oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor di hadapan penyokong PAS di Sik, baru-baru ini.
"Dia kata kalau tauke restoran jual mahal, jangan makan di restoran. Kepala bapak mu aihh..." cerca Sanusi disusuli gelak ketawa, mentertawakan Rafizi.
Kata Sanusi, para pekerja bukanlah suka sangat makan di restoran.
Namun disebabkan tiada pilihan yang memungkinkan mereka pulang makan tengahari di rumah masing-masing, maka terpaksa memilih untuk makan di restoran.
"Jadi nak makan di mana?" soalnya lagi.
Sanusi menyifatkan Rafizi sebagai "pakar formula", namun tidak memberikan kaedah yang baik untuk menangani masalah ekonomi sara hidup yang dihadapi rakyat.
Bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pernah dikritik hebat kerana menyebut ungkapan "kepala bapak" terhadap pihak tertentu.
Namun begitu, dijangka tidak ada sesiapa yang akan mengkritik Sanusi yang menyebut ungkapan yang sama ekoran beliau merupakan salah seorang pemimpin parti Islam dan boleh mengeluarkan tempelak sebegitu walaupun dikatakan tidak manis. - Kedahnews.com