PAS Juga Dijangka Tiada Masalah Agih Kerusi Di Kedah


ALOR SETAR - PAS dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mengagihkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri Kedah nanti.

Sebagaimana di Terengganu, para pemimpin PAS sudah tentu akan bersyura membincangkan pengagihan kerusi rasmi antara pihaknya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Turut dijangka, PPBM Kedah akan membariskan muka-muka baharu untuk bertanding sebagai calon parti itu di beberapa DUN seperti Suka Menanti, Guar Chempedak, Bukit Kayu Hitam, Lunas, Ayer Hangat, Kuah, Pantai Merdeka dan Sidam.

Sementara itu, beberapa DUN lagi dijangka akan diserahkan kepada sebuah lagi parti komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Gerakan seperti DUN Kota Darulaman, Derga dan Bakar Arang.

Pada PRU14 yang lalu, BN hanya memenangi 3 DUN di negeri Kedah sebelum seorang Adunnya melompat parti menyertai PPBM. 

Kedah memiliki 36 DUN secara keseluruhan. - Kedahnews.com