PAS Kini Bukan Parti "Tin Milo" Lagi


ALOR SETAR - PAS kini tidak lagi layak digelar "parti tin milo" apabila mengubah pendekatannya mengutip derma melalui majlis-majlis makan malam untuk mengutip dana politik.

Terbaru, difahamkan PAS Kedah telah menganjurkan "Majlis Makan Malam Dana PRN PAS Kedah" yang dianjurkan bagi mengutip dana politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah tidak lama lagi.

Menurut catatan Setiausaha Ahkbar Menteri Besar Kedah, saudara Muhamad Mat Yakim, majlis berkenaan berlangsung di Komplek PAS Kedah yang terletak di Batu 9, Kota Sarang Semut.

"Majlis Makan Malam Dana PRN PAS Kedah Dewan Dato Fadzil Nor Kompleks PAS Kedah Batu 9," memetik catatan beliau di laman sosialnya.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Isteri Pegawai Khas MB Kedah (PIKAT), pemimpin dan ahli parti tersebut.

PAS sebelum ini digelar "parti tin milo" oleh beberapa pihak ekoran parti itu mengutip derma menggunakan tin Milo, khususnya di ceramah-ceramah politik anjurannya. - Kedahnews.com







Kredit Gambar: FB saudara Muhamad Mat Yakim