Pemimpin UMNO Kaki Bodek Dakwa Boleh Menang 114 Kerusi - Tun Faisal


ALOR SETAR- Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendedahkan risikan UMNO menjangkakan mampu memenangi 114 kerusi Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum (PRU15) yang lalu.

Beliau berkata, dapatan risikan UMNO itu yang didedahkan dalam satu pertemuan bersama para bloggers dan pengiat media sosial, tidak meyakinkan beliau dan rakan-rakannya dan menyifatkan ia sebagai tidak logik.

"Sebelum PRU15, ada beberapa pemimpin UMNO yang kaki bodek ni, kononnya UMNO boleh menang 144 kerusi.

"Tak boleh... UMNO tak boleh menang lebih daripada 40 kerusi," katanya mengimbas salah satu perbualan dalam sesi pertemuan tersebut.

Namun kata bekas Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu, beliau terpaksa memainkan juga perkara tersebut di media sosial ekoran diminta oleh seorang Ketua UMNO Bahagian yang beliau hormati, membantu bagi menaikkan semangat ahli UMNO di seluruh negara.

Sebelum PRU15, Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Naibnya, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Perdana Menteri ketika itu agar segera membubarkan Parlimen bagi membuka ruang pilihan raya umum diadakan.

Meskipun cuba dilengahkan oleh Ismail Sabri, namun bekas Perdana Menteri itu diserang oleh pihak tertentu dengan menuduhnya sebagai "sayangkan jawatan", "gila kuasa" dan tidak mengutamakan desakan parti.

Namun Ismail Sabri terpaksa membubarkan Parlimen apabila hujah yang mendesak pembubaran segera Parlimen itu menjadikan asas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang menyaksikan UMNO menang dengan majoriti 2/3 sebagai alasan.

Walau bagaimanapun, keputusan PRU15 menyaksikan UMNO yang mengetuai Barisan Nasional (BN) ketika itu hanya mampu menang 26 kerusi Parlimen sahaja, manakala 4 lagi kerusi dimenangi parti komponen BN, menjadikan kerusi keseluruhan milik BN hanya 30 kerusi sahaja.

Pun begitu, UMNO masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama Pakatan Harapan (PH) setelah Perikatan Nasional (PN) menolak untuk membentuk kerajaan bersama PH.

UMNO telah menerima tawaran PH setelah mendapati tawaran daripada PN yangdikatakan kurang menguntungkan survival parti berkenaan. - Kedahnews.com