"UMNO Milik Ahlinya Semua, Bukan MT Sahaja" - KJ


ALOR SETAR- Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa UMNO adalah milik semua ahlinya, bukan hanya milik Ahli Majlis Tertinggi sahaja.

Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu berkata, pendiriannya yang perbezaan pandangan dengan pucuk pimpinan parti dan menuntut proses demokrasi agar dihormati tidak bermaksud beliau mengkhianati parti.

"Berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan dan menuntuk proses demokrasi dihormati tidak bermakna tidak setia kepada parti.

"UMNO milik ahlinya semua. Bukan MT sahaja," kata KJ menerusi poster yang dimuatnaik di laman sosialnya.

Sementara itu, ramai berpandangan bahawa tindakan memecat KJ dari parti sebagai satu tindakan yang mampu menjejaskan imej UMNO, khususnya di kalangan anak muda yang meminati gaya kepimpinan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu.

Presiden UMNO semalam mengumumkan memecat KJ dan menggantung keahlian ramai pemimpin serta ratusan ahli UMNO atas pelbagai alasan termasuk mensabotaj parti tersebut.

Desas-desus mengenai "pembersihan" parti itu telah mula kedengaran berlegar di khemah UMNO sejak Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung di WTC, baru-baru ini.  - Kedahnews.com