Kos Selenggara Kereta Menteri 1.6 Juta, 2020 - 2022


ALOR SETAR - Sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan bagi penyelenggaraan dan pembaikan Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) Menteri Persekutuan dari 2020 hingga 2022.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pada 2020, kos penyelenggaraan dan pembaikan KRJ itu berjumlah RM672,000, 2021 (RM478,991.50) dan 2022 (RM450,690.66).

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, berkata Menteri Persekutuan dibekalkan dengan KRJ model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021, bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran.

"Kerajaan membayar kos pajakan bulanan, terdiri daripada kos sewaan dan kos penyelenggaraan serta pembaikan bagi setiap KRJ berkenaan," katanya.

Beliau menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) mengenai jumlah kos penyelenggaraan semua kereta Menteri dari 2020 hingga 2022. - myMetro