Adi Ridzwan Panglima GGK Cemerlang Komando, Akademik


KUALA LUMPUR - Pelantikan Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah sebagai Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) yang baru disifatkan sebagai tepat pada masanya.

"Influencer" terkenal, Syahril A. Kadir dalam tulisannya di media sosial berkata, Adi Ridzwan yang dikenalinya merupakan pegawai tentera yang cukup cemerlang sama ada dalam perkhidmatannya sebagai komando, mahupun akademik.

"Sesungguhnya pelantikan Adi yang pernah menjadi Komander MALCON di selatan Lubnan itu datang tepat pada masanya. Beliau telah menjalani pelbagai kursus khas di dalam dan luar negara," kata Syahril yang merupakan bekas wartawan berpengalaman di beberapa media arus perdana.


Menurut Syahril, Adi Ridzwan telah menjalani pelbagai kursus sukar seperti Terjun Bebas, Tempur Jarak Dekat di PULPAK, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Special Forces Qualification Course, Free Fall Jumpmaster, Pathfinder serta Air Assault di Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Selain itu, Panglima GGK itu juga memiliki dua ijazah sarjana (masters) dalam jurusan Management dari Universiti Malaya dan jurusan Strategic and Security Studies dari National Defense University, Washington D.C yang diperolehinya pada Jun 2007.

Para pegawai dan anggota komando Malaysia disifatkan sebagai antara pasukan tentera yang digeruni kawan dan lawan, di dalam dan diluar negara. - Kedahnews.com