Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju agar pemilihan bahagian dan MPT kecuali cawangan ditangguhkan tidak lebih daripada tempoh 18 bulan mengikut fasal 14.15 Perlembagaan parti itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan semalam berkata persetujuan itu dicapai selepas mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
"Bersatu telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi dengan seluruh kekuatan jentera parti diperkemaskan membabitkan kesemua negeri agar menjadi satu ketumbukan yang ampuh," katanya. - Bernama