LANGKAWI - Kerajaan negeri melahirkan rasa bangga dengan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang dianggap sebagai terbaik, setakat ini. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata penyertaan pasukan aerobatik dan pempamer antarabangsa juga menunjukkan LIMA '23 yang masuk edisi ke-16 penganjurannya, masih mendapat perhatian pihak luar. "Ini adalah LIMA pertama buat saya (sebagai Menteri Besar). Saya bangga melihat persembahan maritim kerana mengenali ramai anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang terbabit. Saya teruja melihat keupayaan dan persiapan yang dibuat, malah aset yang dipamer semakin canggih. "Saya lihat semua persiapan berjalan lancar dan bagus. Saya rasa LIMA '23 adalah yang terbaik setakat ini, ia sangat membanggakan (kepada kerajaan negeri). Langkawi ni Kedah punya boh," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Terdahulu, beliau menyaksikan persembahan pembukaan segmen maritim LIMA '...
- Get link
- X
- Other Apps